28 March 2008

Selesai Sekejap....

Akhirnya berakhir drama perebutan jawatan MB Terengganu...
Jadi sah Ahmad Said dilantik jadi MB Terengganu.

Tahniah juga kepada Datuk Seri Idris dan 22 Adun lain kerana akhirnya bersikap terbuka di atas perlantikan itu...

Isu istana sebenarnya tidak timbul....orang luar tak layak untuk mengajar orang Terengganu apa yang perlu dilakukan dalam hal nie...isu derhaka tak pernah timbul...

Bukan semua orang tahu salasilah kesultanan Terengganu....kalau tidak kerana Orang Terengganu sendiri yang mengangkat kesultanan yang ada sekarang....off topic...


Ya Allah Selamatkan lah Terengganu..

25 March 2008

Dipetik dari Utusan Malaysia

Strategi pikat hati pengundi Kelantan


SAYA harap saudara tidak keberatan berkongsi pandangan saya dengan para pembaca, berkenaan kemenangan Pas di Kelantan.

Barisan Nasional (BN) terperanjat terduduk apabila Pas menang besar di Kelantan, perlulah kita faham satu sebab orang Kelantan menolak BN.

Rakyat Malaysia yang tinggal di luar dari Kelantan biasa mengatakan yang orang Kelantan adalah cherish, dan saya kata mereka juga “patriotik” Kelantan.

Saya telah memahami cara pemikiran orang Kelantan, “biar berniaga kecil-kecil hak kita, buat apa besar bukan hak kita”. Itulah sebabnya rakyat di Kelantan bersyukur di bawah pemerintahan Pas. Segala perniagaan kecil dan besar adalah hak anak Kelantan.

Saya pernah bertugas di Kelantan selaku panglima briged pada tahun 1977 dan 1978. Ramai anggota askar wataniah yang dikerah penuh masa, bertugas di bawah arahan saya. Saya mengenali orang Kelantan melalui askar saya, kerana saya selalu rapat dengan mereka.

Apabila Lebuh Raya Timur - Barat dibina dari Gerik ke Jeli, orang Kelantan tidak senang hati kerana bimbang peniaga dari Perak dan Pulau Pinang akan masuk dengan senang ke Kelantan.

Saya menasihati anggota wataniah untuk memaklumkan kepada orang Kelantan yang lebuh raya ini sangat diperlukan bagi menjaga keselamatan.

Jalan ini adalah dalam kawasan hitam dan tidak boleh digunakan sesuka hati. Saya boleh menutup jalan ini apabila perlu. Ini memberi kesenangan kepada fikiran orang Kelantan daripada pelbagai kaum.

Penduduk Kelantan teramai sekali adalah dalam jajahan Kota Bharu, satu pertiga penduduk didapati dalam jajahan-jajahan lain.

Dalam ceramah pilihan raya tahun 1978, selepas pengisytiharan darurat dan pemerintahan pusat atas Kelantan ditarik balik pada 12 Februari 1978, Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan telah membuat satu perjanjian dengan pengundi yang memikat hati mereka. Sekiranya BN menang, tol jambatan Kota Bharu akan dimansuhkan.

Jambatan tersebut dibina oleh kerajaan Pas dengan wang pinjaman.

Pada malam kiraan undi lebih kurang pukul tiga pagi, BN telah menang 19 daripada 36 kerusi. Pada saat pengumuman tersebut penduduk Kota Bharu tidak lagi mahu membayar tol.

Maka, tamatlah pembayaran tol jambatan berkenaan pada waktu itu.

Inilah yang memberi keuntungan terus kepada pengundi dan kemenangan BN sebanyak 23 kerusi.

Sayangnya kerajaan BN Kelantan memberi keutamaan menaik taraf bandar Kota Bharu.

Pengundi di jajahan lain tidak merasai apa-apa keuntungan dari pembangunan.

Dalam pilihan raya seterusnya tidak ada “faedah direct benefit” kepada pengundi yang dijanjikan oleh BN.

Dalam fikiran pengundi di Kelantan, jika BN hendak memajukan Kelantan secara besar-besaran pasti ramai orang luar akan masuk Kelantan. Inilah yang tidak direlakan oleh rakyat Kelantan.

Di bawah pemerintahan Pas tidak ada perniagaan luar akan masuk Kelantan dan ini akan menjaminkan kepentingan peniaga kecil dan besar di negeri itu.

Pendapat saya jika hendak memikat hati dan mengubah mindset pengundi di Kelantan, bantulah peniaga kecil membesar sehingga menjadi “yang besar juga hak kita”.

Ini adalah pandangan persendirian dan bukan penganalisis politik, saya bukan ahli parti politik.

– LT. JEN. (B) DATUK ABDULLAH SAMSUDIN.

23 March 2008

Kami Pantang Dicabar

Situasi yang semakin gawat di Terengganu mungkin akan menyukarkan parti pemerintah yang telah diberi mandat. Andai kata sepertimana yang didakwa oleh Setiausaha UMNO Negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid ingin meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya Ahmad Said terus menerima perlantikan MB Terengganu menjadi kenyataan.

Tapi terima kasih la kalau nak teruskan niat tu...sebab BN akan menerima padahnya...kecuali orang lama kembali ke pentas sandiwara politik....

Lebih baik bertenang dan laksanakan amanah rakyat dengan penuh etika dan bertanggungjawab bukan demi individu....Sekali lagi peringatan

KAMI PANTANG DICABAR

Isu MB Terengganu

Isu nie tak terlepas daripada pertanyaan rakan-rakan yang ingin tahu perkembangan semasa....



Akhirnya Ahmad Said, ADUN Kijal dipecat daripada UMNO kerana menerima watikah perlantikan....dan tidak mendapat sokongan 22 orang ADUN lain berhubung isu perlantikan MB Terengganu..



Aku harap lepas nie kalau confirm Derih Jusoh jadi MB, bo lah nak boikot ke,, nak pulau ke cukuplah...keadaan orang melayu makin tenat doh nie....



Macam-macam cerita timbul...tapi harap tak berlaku lah perkara bodoh....



Datuk Derih pun kena ingat jugak kesilapan dia.... dok mungkin orang boleh lupa cam maner dia tendang orang ikut suka hati je.....



Tak pe la perjuangan orang melayu takkan hilang semata-mata mengikut serakah mereka yang ingin berkuasa...



Ya ALLAH Selamatkan lah Terengganu.....



Waallahuallam

Wa Ila Liqa'

18 March 2008

Keselesaan yang Membawa Padah

leka dalam kekuatan yang ade golongan muda mula cuba merampas tampuk pemerintahan dengan cara yang tersusun dan halus, namun syukur masih ada yang sedar tentang hal ni dan bangkit memberi tunjuk ajar kepada mereka yang gila menuntut kuasa......

Namun orang melayu perlu sedar kekuatan yang ada bukan untuk menakutkan kaum lain tetapi menjadi amanah untuk memakmurkan bumi tanah melayu. golongan muda patut sedar sepak terajang di dalam perjuangan tidak semudah yang disangka....

Kita tidak boleh menikam orang dari belakang demi memenuhi serakah sendiri. Akhirnya kecundang tanpa apa-apa pembelaan ( contoh calon DUN Sura langsung kehilangan kerja ).

Ya Allah Selamatkan lah Terengganu......

Keangkuhan Melayu dengan kuasa yang ada telah menyebabkan kaum lain menjadi sakit hati dan signal telah diberikan di dalam PRU ke 12...

Insyaallah kebangkitan ini akan terus berlaku jika kita tidak sedar hidup yang singkat memerlukan pengaturan yang teliti dengan akal dan hikmah..

10 March 2008

Demokrasi Menyubur di Bumi Tanah Melayu

ade yang kata kalah mengejut, memalukan dan sebagainya...... adat bertanding ade yang menang, ade yang kalah...

BN akhirnya terpaksa akur apabila hanya memenangi 140 kerusi parlimen dan kehilangan 5 buah negeri ke tangan Barisan Alternatif (BA)..

terengganu yang diramal jatuh ke tangan BA akhirnya berjaya mengekalkan kemenangan 28 kerusi DUN untuk meneruskan rentak pembangunan di negeri ini....

Selamat Memerintah kepada parti BA semoga semua janji di dalam manifesto berjaya ditunaikan..

05 March 2008

Macam-Macam menjelang PRU-12

perghhh lama gile tak update blog nie...

tapi petang nie ade semangat yang menggerakkan pemikiran aku untuk menulis blog....
menjelang PRU 12 nie khususnya kat ganu....
yang pada mulanye agak kecoh dengan isu calon BN....tapi aku tak risau sangat lepas dua minggu isu tu timbul....pasal ape...??? nak tahu ke...??? pasal pembangkang pun bermasalah dalam isu calon gak ganu nie....terutamanya kat dungun....so dua2 sama je la.....

tapi aku rase ape2 pun kemungkinan untuk BN tumbang mungkin tipis...tapi peluang untuk pembangkang masih ade....untuk kembali berkuasa....

tapi harap2 tak berlaku la....serik doh wei!!!!

tapi total untuk BN 32 kerusi DUN tak kan berlaku pasalnya....DUN Bukit Besi.....Dato' Din Adam yang bangga dengan gelaran EXCO nya tu dalam keadaan 50-50....heheheh

tu la x pandai ambik hati rakyat terima la hakikatnya....hahahah


Apa2 pun selamat mengundi....Allah Selamatkan lah Terengganu....