04 March 2007

Indah Khabar Dari Rupa......

"Menurutnya, banyak pemimpin negara lain berminat mempelajari selok-belok perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan negara.

"Mereka mahu menghantar pelajar dan pegawai mereka, pasukan perancang mereka untuk datang dan belajar bagaimana kita merancang dan melaksanakan rancangan kita," katanya.

Abdullah berkata sebab itulah pegawai dan kakitangan kerajaan mesti melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya supaya tidak berlaku situasi "indah khabar dari rupa".

"Dengarnya hebat dan baik benar, tapi datang tengok tak macam tu pun. Ini tentulah memalukan -- indah khabar dari rupa. Kita mahu kalau khabar baik rupa pun baik," jelas beliau. "

petikan dari Bernama......


memang apa yang diutarakan oleh Perdana Menteri ni memang betul pun gambaran yang diberikan kepada orang luar nampak cam baik belake...hebat...dan sebagainya tapi hakikatnya berbeza daripada apa sebenarnye...

Akhirnya timbul la pelbagai prasangka buruk orang luar kat kita....Tapi sebagai rakyat kita juga perlu mainkan peranan bagi membuktikan kehebatan yang digambarkan itu bukan plastik @ tipu tapi memang seperti yang digambarkan....jadi jangan banyak sangat merungut, komplen x tentu hala sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang telah dianugerahkan kepada kita........

Wallahualam....

No comments: