04 February 2007

Akhirnya Tutor.com.my.....

Laman web tutor.com.my sebuah portal pendidikan dibawah kelolaan kumpulan Utusan, akhirnya berpijak di bumi nyata apabila mengenakan yuran keahlian untukmemudahkan ahli mereka mendapatkan akses yang lebih baik ke atas bahan pelajaran yang disediakan...Yuran minima yang dikenakan dibawah RM50.00 setahun untuk menjadi ahli boleh dikatakan berpatutan..

Bagi pusat2 komuniti yang ade kat Malaysia ni boleh la fikirkan tentang perkara ni. Kalau ada peruntukan boleh la dipertimbangkan perkara nie untuk dilaksanakan dekat komuniti masing2.. Jangan fikir pasal lambat deras untuk dilaksanakan tapi fikirkan perancangan yang perlu dibuat untuk menjayakannya...Jangan "Gagal untuk Merancang" kelak anak bangsa yang rugi.

Mungkin kos yang diperlukan tidak sedikit tapi daripada perabis peruntukan x tahu ujung pangkal baik kaji benda nie, baik untuk faedah jangka panjang. Sebab pegangan aku untuk komuniti nie "asuh akar menjadi kuat, maka pokok x akan mudah tumbang". Akar di sini ialah budak2 yang dok main game kerje die (" x leh salah gok dah tu je yang dia tahu, nak bayor2 x pitih pulok").

Jadi bagi mereka2 yang berjuang untuk kejayaan Misi Nasional boleh la fikir-fikirkan tentang perkara nie.... bukan men"gajah putih" kan kemudahan yang ada @ buat program "boombastic" tp hasilnya x seberapa.

www.tutor.com.my - Kami Ada Cara.

p/s : x de niat nak ajar sape2 cuma berkongsi idea daripada biarkan terus berkarat kat kepala otak aku nie.....

No comments: