04 February 2007

Cinta Dunia........

cintakan dunia merupakan satu penyakit yang perlu diubati. walaupun kita sedar kehidupan di dunia boleh diibaratkan satu persinggahan sementara ( "macam tunggu bas kat perhentian tu") tapi kita tetap lalai untuk mengingati bahawa kesenangan di dunia ini adalah bersifat sementara.

Desakan kehidupan telah memesongkan arah perjalanan kita untuk mencari keredhaan-Nya (termasuklah aku) setiap hari disogok dengan pelbagai peluang untuk menambah pendapatan (e.g. Myshop2u la, myMode la & sebagainya)...Tak salah kalau nak mencuba tapi seimbangkan keperluan di dunia dan akhirat. Jangan tolak akhirat cintakan dunia, dan begitulah juga sebaliknya. maka ambillah pendekatan sederhana.

"Bekerja bagaikan hidup seribu tahun lagi, Beribadat bagaikan tiada lagi hari esok"


Bagi mereka yang berniaga pula jangan hanya gantung ayat seribu dinar sebagai perhiasan sebaliknya jadikan amalan harian ( bukan untuk peniaga sahaja, sapa2 pun boleh amal). Moga setiap rezeki yang diperolehi akan menambahkan lagi ketaqwaan kepada-Nya.

Wallahuallam. wal ila' Liqa...

No comments: