01 February 2007

Anti Phishing ......

Phishing adalah satu bentuk jenayah penipuan yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab bagi mencuri maklumat peribadi terutama sekali data perbankan.

kat sini aku nak kongsi beberapa tip anti-phishing...

  • Pengguna harus sedar bahawa pihak bank tidak pernah dan tidak akan menghubungi pelanggan melalui emel bagi mendapatkan kata laluan. Ia maklumat peribadi yang terlalu sulit untuk diminta melalui emel.Sekiranya anda menerima emel atau link yang menghubungkan anda ke laman web yang mencurigakan, padam sahaja emel berkenaan. Berkemungkinan ia adalah emel melibatkan penipuan.

  • Pastikan bahawa laman web yang anda kunjungi adalah milik institusi perbankan yang disahkan. Lihat pada alamat domain laman web tersebut dan periksa sama ada ia serupa atau sebaliknya dari alamat laman web bank anda.

  • Salah satu cara lagi untuk memastikan laman web yang dikunjungi adalah tepat dengan melihat permulaan alamat https://. Ini juga menunjukkan sambungan selamat. Sebaiknya anda menaip penuh alamat web pada pelayar.

  • Semak penyata bank anda secara berkala bagi memastikan tiada transaksi atau pengeluaran wang yang tidak sepatutnya pada akaun anda. Sekiranya terdapat operasi mencurigakan, segeralah hubungi bank untuk kepastian.

  • Lebih mudah lagi, pasang perisian antivirus yang mempunyai teknologi Anti-Phishing bagi mengelak penipuan data. Sebagai contoh Panda Software.
"Gunakan aplikasi perbankan online secara selamat"

sumber dipetik majalah PC- Ferbruari '07

No comments: