28 March 2007

Keliru 'Kami' dan 'Aku'


artikel ini aku ambil dari akhbar Mingguan Malaysia ( 18 Mac 2007 ). sekadar berkongsi maklumat jadi baca lah seterusnya

Soal Jawab Agama bersama MOHD YUSOF ABAS

SOALAN : Saya membaca tafsir al-Quran dan banyak kali bertemu dengan firman Allah S.W.T yang menggunakan perkataan 'Kami' bukan 'Aku' sedangkan Allah itu Satu dan Esa, sedangkan 'Kami' itu bukan bererti Esa. Adakah tafsiran tersebut salah?

JAWAPAN : Tafsiran tersebut bukan salah malah tepat dan benar sesuai dengan kebesaran ALLAH yang mana dalam istilah Arab perkataan 'kami' itu ada dua makna, satu 'kami' ada yang bermakna ramai, dan satu lagi perkataan 'kami' juga yang bermakna beta atau mereka yang membesarkan dirinya. Jadi tidak salah kalau dalam al-Quran Allah menggunakan perkataan 'Kami' dengan makna yang kedua ini iaitu untuk menyatakan kehebatan dan kebesaran-Nya. Orang Arab sendiri bila ingin membesarkan seseorang tertentu atau memuliakannya, mereka akan menggunakan perkataan kamu bukan engkau atau awak, kata ganti nama jamak ini digunakan bagi memuliakan seseorang tertentu. Ini sudah menjadi adat kebiasaan mereka seperti mereka yang bercakap dengan guru atau siapa sahaja yang dianggap mulia dan besar atau berpangkat mereka menggunakan perkataan kamu atau jamak ini. Dalam budaya kita juga ada bahasa tertentu yang khusus digunakan untuk mereka tertentu seperti raja dan sebagainya seperti beta, Yang Dipertuan dan lain-lain. Bagi kita orang islam tetap meyakini keesaan Allah dalam segala-galanya sama ada pada zat, sifat dan perbuatan-Nya dan menafikan segala 'kam' (berbilang) sama ada yang muttasil atau yang munfasil tidak ada sekutu bagi-Nya. Itulah ajaran agama yang sebenar. Dialah Tuhan yang tidak ada Tuhan yang sebenar-benar dan berhak disembah melainkan Dia, lagi tunggal tiada sekutu bagi-Nya. Ditangan-Nyalah segala kebaikan, bagi-Nya penguasaan segala kerajaan bagi-Nya milik segala kepujian, Dia Maha Berkuasa atas segala-galanya, tidak ada mereka yang dapat menghalang bagi apa yang telah dikurniakan-Nya dan tidak ada siapa yang dapat memberi bagi apa yang sudah ditolak-Nya dan tidak ada siapa yang dapat menolong sekalipun dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Wallahualam.


17 March 2007

Integriti & Akauntabiliti

Akauntabiliti bermaksud sikap tanggungjawab yang mendalam, jujur, telus, dan amanah. Meliputi tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, negara dan ummah secara keseluruhannya.

Ciri-Ciri Integriti :


Adil
Amanah
Bertanggungjawab
Telus
Jujur
Ceka

Backup.....

kalau wat keje projek final dulu2 rajin la jugak nak membackup.... tp dan keje nie gak langsung x ingat nak backup... akibat nyer aku bulan nie dua kali dah kena ... dok ulang setup joomla pah cerah ha tu je la dan belajar gamoknye bulan.... mslh elektrik kampung aku ni gak dr dulu lg dah akibatnya dua butir HD kat aku keje nie kong... sakit hati sungguh.....

p/s : untuk pjo yang nak pezen tu jgn lupe backup...hehehe

12 March 2007

Singkatan Rasuah....

singkatan perkataan rasuah- mamak cyber (ruangan kartun utusan malaysia - 13-03-2007)

R - Ringgit
A - Amat
S - Senang
U - Untuk
A - Anda
H - Hanyut


p/s : tak nak kate ape2 kalau dah Ketua Pengarah pun sama....padan suka di orang je !!!

06 March 2007

Kondem Sana Sini....

ye ini lah antara sikap yang paling aku benci dengan masyarakat melayu....suka sangat kritik @ kondem....ade je alasan yang dicarinya supaya setiap benda yang dia lihat tu jadi x kena. Akibatnya kita jadi takut nak tonjolkan idea baru.

Contoh macam sekarang ni proton tawarkan kereta dengan harga murah dikatanye kereta tin milolah...perabis stoklah...macam2 lagilah....dah murah mungkin ade kurang tp bukan x leh nak pakai langsung kot...jadi kondemlah kerja nyer...

macam ustaz2 jugak kalau ngajor kena bayor dikatenyer jual agama...dah zaman le nie bukan ustaz nak jalan kaki...@ tumpang orang sokmo nak gi mane2....nak buat benda baik payah....kondemla lagi...

Buat sistem x molek mata dia kondem lalu sampai kecut perut member nak present..kalau nak cerite sikap kondem ni gak x habis...

Jadi marilah kita fikir macam mana nak buang tabiat buruk ini .....terkurang terlebih tu memang la fitrah kita yang sempurna hanya milik yang ESA....

wallahualam...

04 March 2007

Indah Khabar Dari Rupa......

"Menurutnya, banyak pemimpin negara lain berminat mempelajari selok-belok perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan negara.

"Mereka mahu menghantar pelajar dan pegawai mereka, pasukan perancang mereka untuk datang dan belajar bagaimana kita merancang dan melaksanakan rancangan kita," katanya.

Abdullah berkata sebab itulah pegawai dan kakitangan kerajaan mesti melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya supaya tidak berlaku situasi "indah khabar dari rupa".

"Dengarnya hebat dan baik benar, tapi datang tengok tak macam tu pun. Ini tentulah memalukan -- indah khabar dari rupa. Kita mahu kalau khabar baik rupa pun baik," jelas beliau. "

petikan dari Bernama......


memang apa yang diutarakan oleh Perdana Menteri ni memang betul pun gambaran yang diberikan kepada orang luar nampak cam baik belake...hebat...dan sebagainya tapi hakikatnya berbeza daripada apa sebenarnye...

Akhirnya timbul la pelbagai prasangka buruk orang luar kat kita....Tapi sebagai rakyat kita juga perlu mainkan peranan bagi membuktikan kehebatan yang digambarkan itu bukan plastik @ tipu tapi memang seperti yang digambarkan....jadi jangan banyak sangat merungut, komplen x tentu hala sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang telah dianugerahkan kepada kita........

Wallahualam....

01 March 2007

Gerhana Bulan pagi 4hb Mac (Ahad)

untuk makluman semua satu gerhana bulan akan berlaku pada pagi Ahad 4hb Mac sehubungan dengan itu masjid2 di Terengganu telah dimaklumkan untuk melakukan sembahyang sunat gerhana bulan......untuk pengetahuan semua....

Nak tahu lebih lanjut sila klik link2 dibawah ini....

Balai Cerap Kusza

Solat Sunat Gerhana

UPDATED

antara hikmah solat sunat Gerhana Bulan memohon kerahmatan daripada Allah S.W.T supaya tidak diturunkan bala keatas manusia disebabkan kelalaian sebahagian daripada kita.

Simbolik daripada berlaku Gerhana Bulan ialah menghalang daripada bala terus diterima kepada manusia kerana kita tidak akan mampu menanggungnya..... sama-sama lah kita fikirkan.....

wallahuallam.....